Friday, August 10, 2007

ISRAK MIKRAJ


Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)
Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.
Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:
Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan
Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti
Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
Nabi tercium bau yang amat harum
Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang
Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
Gambaran orang yang makan riba'
Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Langit pertama
Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua
Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga
Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat
Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima
Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam
Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh
Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Sunday, August 5, 2007

SEKADAR RENUNGAN.........

WADUH!!! WADUH!!!

Pada suatu hari, di sebuah kampong ada seorang asli yang berjalan kaki untuk ke pekan.Pekan itu sangat jauh dari kampung tersebut.Selepas beberapa jam dalam perjalanan berikut,orang asli itu pun terasa sangat letih, lalu berhenti di tepi sebatang jalan.Tiba-tiba ada seorang pemuda yang lalu di jalan raya itu dengan serta-merta orang asli itu pun menahan pemuda itu pun berhenti dan……………

Orang asli: Pak boleh saya tumpang pak ?
Pemuda: Boleh,tapi kamu nak ke mana?
Orang asli: Saya hendak pergi ke pekan pak.
Pemuda: Oooo… Kebetulan pula saya pun hendak ke sana.Naiklah.
Orang asli: Thing Q, pak!!
Pemuda : Tapi ,ada satu syarat!
Orang asli: Syarat apa pak?
Pemuda: Kalau ada nampak polis trafik tolong beritahu tau,sebab kita tak
pakai topi keledar.
Orang asli: Beres pak.

Orang asli itu pun naik motor pemuda itu.Ketika pemuda itu sedang menunggang motor,orang asli tidak tahan dangan keseronokkan di atas motor lalu dia menjadi tidak duduk diam dan tiba-tiba……………

Orang asli: Pak berhenti pak terapit!! 2x
Pemuda: Haaa………!!Mana polis trafik?!Mana?Mana?
Orang asli: Pak berhenti pak terapit!!!!Waduhhh berhenti pak!!

Dengan tidak menyangka ,mereka berdua terjatuh ke dalam parit di tepi jalan tersebut.

Orang asli: Waduh pak banyak nya darah!! Itulah Saya sudah cakap pada
Pak tapi masih berdegil kok gitu.
Pemuda: Mana polis??!! 2x
Orang asli: Mana ada polis pak.
Pemuda: Habis tu yang kamu menjerit trafik tu apa pasal?
Orang asli: Itu kerana kaki saya terapit pada rantai motor ini.
Pemuda: Geramnya!!Habis sekarang kamu kena ganti semua kerosakkan
motor saya ni!
Orang asli: Waduh!Waduh kenapa saya pula pak?Pak sudah salah dengar
sik!!!!! TAMAT……….

Wednesday, August 1, 2007


SALAM UKHWAH FILLAH......

Kau bagaikan tebing Seringkali dipukul badai Kurela menjadi aur Kita saling memerlukan Susah senang kita hadapi Demi cita dan perjuangan Rintangan yang menghalang kita Tempuh dengan kesabaran Mari kita bersatu Kukuhkan persahabatan Untuk masa hadapan Yang lebih bercahaya Kita insan biasa Penuh dengan kekurangan Teguran dan peringatan Mengukuhkan persahabatan Rahmat dan kasih sayang Allah Yang Maha Esa Itulah yang diharapkan Meredhai kejayaan