Carilah Ilmu Mengenal Allah
Rinduku Ya Rasulullah
Rinduku Ya Rasulullah
Alangkah Indah Peribadimu
My Heart Is Loving You
Let Us Find The Way To Know Our God
Hatiku Merayu Rindu
Posted by nurul iffah binti abdul rashid at 6:29 PM 0 comments
Posted by nurul iffah binti abdul rashid at 11:49 PM 0 comments
FADILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .
Malam 1- Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 -Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3- Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 -Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 -Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6- Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8- Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 -Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 -Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11- Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12- Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 -Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14- datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15- Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 -Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18- Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19- Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 -Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 -Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 -Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23- Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 -Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 -Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26- Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27- Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28- Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29- Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30- Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
Posted by nurul iffah binti abdul rashid at 11:31 PM 0 comments
Posted by nurul iffah binti abdul rashid at 12:18 AM 2 comments
WADUH!!! WADUH!!!
Pada suatu hari, di sebuah kampong ada seorang asli yang berjalan kaki untuk ke pekan.Pekan itu sangat jauh dari kampung tersebut.Selepas beberapa jam dalam perjalanan berikut,orang asli itu pun terasa sangat letih, lalu berhenti di tepi sebatang jalan.Tiba-tiba ada seorang pemuda yang lalu di jalan raya itu dengan serta-merta orang asli itu pun menahan pemuda itu pun berhenti dan……………
Orang asli: Pak boleh saya tumpang pak ?
Pemuda: Boleh,tapi kamu nak ke mana?
Orang asli: Saya hendak pergi ke pekan pak.
Pemuda: Oooo… Kebetulan pula saya pun hendak ke sana.Naiklah.
Orang asli: Thing Q, pak!!
Pemuda : Tapi ,ada satu syarat!
Orang asli: Syarat apa pak?
Pemuda: Kalau ada nampak polis trafik tolong beritahu tau,sebab kita tak
pakai topi keledar.
Orang asli: Beres pak.
Orang asli itu pun naik motor pemuda itu.Ketika pemuda itu sedang menunggang motor,orang asli tidak tahan dangan keseronokkan di atas motor lalu dia menjadi tidak duduk diam dan tiba-tiba……………
Orang asli: Pak berhenti pak terapit!! 2x
Pemuda: Haaa………!!Mana polis trafik?!Mana?Mana?
Orang asli: Pak berhenti pak terapit!!!!Waduhhh berhenti pak!!
Dengan tidak menyangka ,mereka berdua terjatuh ke dalam parit di tepi jalan tersebut.
Orang asli: Waduh pak banyak nya darah!! Itulah Saya sudah cakap pada
Pak tapi masih berdegil kok gitu.
Pemuda: Mana polis??!! 2x
Orang asli: Mana ada polis pak.
Pemuda: Habis tu yang kamu menjerit trafik tu apa pasal?
Orang asli: Itu kerana kaki saya terapit pada rantai motor ini.
Pemuda: Geramnya!!Habis sekarang kamu kena ganti semua kerosakkan
motor saya ni!
Orang asli: Waduh!Waduh kenapa saya pula pak?Pak sudah salah dengar
sik!!!!! TAMAT……….
Posted by nurul iffah binti abdul rashid at 7:27 AM 1 comments